Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 52

Jika sesuatu syarikat Labuan telah berupa menerbitkan atau mengumpukkan syer, dan penerbitan atau pengumpukan syer itu adalah tidak sah disebabkan oleh mana-mana peruntukan Akta ini atau oleh memorandum atau perkara syarikat itu atau selainnya, atau terma penerbitan atau pengumpukan itu adalah tidak konsisten dengan atau tidak dibenarkan oleh mana-mana peruntukan itu,

Mahkamah boleh, atas permohonan yang diserahkan kepadanya oleh syarikat itu atau oleh seseorang pemegang atau pemegang gadai-janji mana-mana syer itu atau oleh seseorang pemiutang syarikat itu, dan apabila berpuas hati bahawa dalam semua hal keadaan adalah adil dan saksama untuk berbuat demikian, membuat suatu perintah mengesahkan penerbitan atau pengumpukan syer itu, atau mengesahkan terma penerbitan atau pengumpukannya, atau kedua-duanya, tertakluk pada apa-apa syarat, jika ada, yang dikenakannya, dan apabila perintah sedemikian dibuat dan suatu salinan perintah itu diserahkan oleh syarikat itu atau oleh pemegang, pemegang gadai-janji atau pemiutang tersebut kepada Lembaga, syer itu hendaklah disifatkan telah diterbitkan atau diumpukkan secara sah atas terma penerbitan atau pengumpukannya sebagaimana yang diubah suai oleh syarat, jika ada, yang dikenakan oleh Mahkamah.

70

Undang-Undang Malaysia