Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Ketetapan khas bagi pengurangan modal syer
(a)
menghapuskan atau mengurangkan liabiliti ke atas mana-mana syernya berkenaan dengan modal syer yang tidak berbayar;
(b)
membatalkan mana-mana modal berbayar yang hilang atau yang tidak diwakili oleh aset yang ada; atau
(c)
membayar mana-mana modal syer berbayar yang melebihi keperluan syarikat, atau yang selainnya bagi kepentingan syarikat itu keseluruhannya untuk dibayar, dan boleh, setakat yang perlu, mengubah memorandumnya dengan mengurangkan amaun modal syernya dan amaun syernya dengan sewajarnya.
(2)
Jika pengurangan modal syer yang dicadangkan itu melibatkan pengurangan liabiliti berkenaan dengan modal syer tidak berbayar atau pembayaran kepada mana-mana pemegang syer bagi mana-mana modal syer berbayar, dan dalam mana-mana hal lain jika Mahkamah mengarahkaan demikian—
(a)
tiap-tiap pemiutang syarikat Labuan yang, pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, berhak terhadap mana-mana hutang atau tuntutan yang, jika tarikh tersebut permulaan bagi penggulungan syarikat itu, boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat itu, berhak membantah pengurangan itu;
(b)
Mahkamah, melainkan jika berpuas hati dengan akuan berkanun oleh pengarah bahawa tidak terdapat pemiutang sedemikian, hendaklah menetapkan suatu senarai pemiutang yang berhak membantah, dan bagi maksud itu hendaklah menentukan, seboleh-bolehnya tanpa menghendaki suatu
Syarikat Labuan 71
permohonan daripada mana-mana pemiutang, nama pemiutang itu dan jenis serta amaun hutang atau tuntutan mereka, dan boleh menyiarkan notis yang menetapkan hari terakhir yang atau yang sebelumnya pemiutang yang tidak dicatatkan di senarai itu boleh menuntut untuk dicatatkan demikian; dan
(c)
jika seseorang pemiutang yang dicatatkan di senarai yang hutang atau tuntutannya tidak dijelaskan atau belum diputuskan tidak bersetuju dengan pengurangan itu,
Mahkamah boleh mengetepikan persetujuan pemiutang itu apabila syarikat Labuan itu menjamin pembayaran hutang atau tuntutannya dengan mengasingkan, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah—
(i)
jika syarikat itu mengakui amaun penuh hutang atau tuntutan itu, atau walaupun tidak mengakuinya, bersetuju mengadakannya, amaun penuh hutang atau tuntutan itu; atau
(ii)
jika syarikat itu tidak mengakui, dan tidak bersedia mengadakan, amaun penuh hutang atau tuntutan itu, atau jika amaun itu adalah kontinjen atau belum diputuskan, suatu amaun yang ditetapkan oleh
Mahkamah selepas siasatan dan penghukuman yang seumpamanya seolah-olah syarikat itu digulung oleh
Mahkamah.
(3)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Mahkamah boleh, memandangkan kepada hal keadaan sesuatu kes, mengarahkan bahawa segala atau mana-mana peruntukan subseksyen itu tidak terpakai berkenaan dengan mana-mana kelas pemiutang.
(4)
Mahkamah, jika berpuas hati mengenai tiap-tiap pemiutang yang berhak membantah di bawah subseksyen (2), bahawa sama ada persetujuannya terhadap pengurangan itu telah diperoleh, atau hutang atau tuntutannya telah dijelaskan atau telah diputuskan atau telah dijamin, boleh membuat suatu perintah yang mengesahkan pengurangan itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, dan boleh menghendaki syarikat Labuan itu menyiarkan
72
Undang-Undang Malaysia sebagaimana yang diarahkan oleh
Mahkamah sebab bagi pengurangan itu atau apa-apa maklumat lain yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah, dan, jika Mahkamah memikirkan patut, sebab yang membawa kepada pengurangan itu.
(5)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)
hendaklah menunjukkan amaun modal syer syarikat Labuan itu sebagaimana yang diubah oleh perintah itu, bilangan syer yang syer itu hendak dibahagi-bahagikan dan amaun setiap syer dan amaun, jika ada, pada tarikh perintah itu, yang disifatkan berbayar atas setiap syer.
(6)
Apabila salinan pejabat perintah itu diserahkan kepada
Lembaga, ketetapan bagi pengurangan modal syer sebagaimana yang disahkan oleh perintah itu hendaklah berkuat kuasa, dan Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan mengenai penyerahan sedemikian.
(7)
Perakuan Lembaga hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa segala kehendak Akta ini mengenai pengurangan modal syer telah dipatuhi dan bahawa modal syer sesuatu syarikat Labuan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(8)
Apabila salinan perintah itu diserahkan, butir-butir yang ditunjukkan dalam perintah itu menurut subseksyen (5) hendaklah disifatkan menggantikan butir-butir yang bersamaan dalam memorandum, dan penggantian sedemikian dan apa-apa penambahan yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dibuat pada nama syarikat Labuan itu hendaklah (dalam hal apa-apa penambahan kepada nama, selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah
Mahkamah itu) disifatkan sebagai pengubahan memorandum bagi maksud Akta ini.
(9)
Seseorang anggota, yang dahulu atau yang ada sekarang, tidaklah bertanggungan berkenaan dengan mana-mana syer terhadap apa-apa panggilan atau caruman yang amaunnya melebihi perbezaan di antara amaun syer yang ditetapkan oleh perintah itu dengan amaun yang dibayar, atau amaun yang dikurangkan yang disifatkan telah dibayar atas syer itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi jika mana-mana pemiutang yang berhak membantah pengurangan itu,
Syarikat Labuan 73
disebabkan kejahilannya tentang prosiding bagi pengurangan itu, atau tentang jenis dan kesan prosiding itu terhadap tuntutannya, tidak dicatatkan di senarai pemiutang, dan selepas pengurangan itu syarikat
Labuan itu tidak dapat, mengikut pengertian peruntukan Akta ini mengenai penggulungan oleh Mahkamah, membayar amaun hutang atau tuntutannya —
(a)
tiap-tiap orang yang menjadi anggota syarikat Labuan itu pada tarikh penyerahan salinan perintah Mahkamah bagi pengurangan itu adalah bertanggungan untuk menyumbang bagi pembayaran hutang atau tuntutan itu sebanyak amaun yang tidak melebihi amaun yang dia sepatutnya bertanggungan menyumbang jika syarikat itu telah mula digulung pada hari sebelum tarikh tersebut; dan
(b)
jika syarikat Labuan itu digulung, Mahkamah, atas permohonan mana-mana pemiutang itu dan apabila terbukti kejahilannya mengenai prosiding bagi pengurangan atau mengenai jenis dan kesan prosiding itu terhadap tuntutannya, boleh menetapkan suatu senarai orang yang bertanggungan menyumbang, dan membuat serta menguatkuasakan panggilan dan perintah ke atas pencarum yang ditetapkan di senarai itu, seolah-olah mereka pencarum biasa dalam sesuatu penggulungan, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menyentuh hak pencarum itu sesama mereka sendiri.
(9A)
Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu pengubahan memorandum dengan mengurangkan amaun modal syernya dan syernya menurut suatu ketetapan khas yang diluluskan mengikut subseksyen (1), boleh dibuat tanpa pengesahan Mahkamah, asalkan pengarah mengisytiharkan melalui suatu perisytiharan kesolvenan—
(a)
bahawa pada pendapat mereka, mengenai kedudukan syarikat Labuan itu pada tarikh perisytiharan kesolvenan itu, tidak terdapat alasan yang syarikat Labuan itu ketika itu akan didapati tidak dapat membayar hutangnya;
(b)
bahawa pada pendapat mereka—
74
Undang-Undang Malaysia
(i)
jika terdapat niat untuk memulakan penggulungan syarikat Labuan itu dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh perisytiharan kesolvenan itu, bahawa syarikat Labuan itu akan dapat membayar hutangnya dengan sepenuhnya dalam tempoh dua belas bulan itu yang bermula dengan permulaan penggulungan itu; atau
(ii)
jika tidak ada niat untuk memulakan penggulungan, bahawa syarikat Labuan itu akan dapat membayar hutangnya apabila genap masanya hutang itu kena dibayar dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh perisytiharan kesolvenan itu; dan
(c)
bahawa mereka berpendapat bahawa nilai aset syarikat
Labuan itu tidak kurang daripada nilai liabilitinya (termasuk liabiliti luar jangka) dan tidak akan, selepas pengurangan yang dicadangkan itu, menjadi kurang daripada nilai liabilitinya (termasuk liabiliti luar jangka), dan tiap-tiap pemiutang syarikat Labuan itu yang berhak kepada apa-apa hutang atau tuntutan yang boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat Labuan itu pada tarikh perisytiharan kesolvenan itu berhak untuk membantah pengurangan itu.
(9B)
Pengarah hendaklah menyerahkan suatu salinan terperaku perisytiharan kesolvenan itu dalam masa tiga puluh hari kepada
Lembaga, dan atas penyerahan sedemikian Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan untuk mengesahkan penyerahan perisytiharan kesolvenan itu.
(9BA) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (9B), pengarah syarikat Labuan yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(9C)
Syarikat Labuan itu hendaklah, selama tempoh enam minggu yang bermula pada tarikh ketetapan, menyediakan perisytiharan
Syarikat Labuan 75
kesolvenan itu atau salinannya di pejabat berdaftar syarikat Labuan itu untuk pemeriksaan secara percuma oleh mana-mana pemiutang syarikat itu.
(9D)
Seseorang pemiutang syarikat Labuan itu boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh enam minggu yang disebut dalam subseksyen (9C), memohon kepada Mahkamah supaya ketetapan itu dibatalkan.
(9E)
Subseksyen (9C) dan (9D) hendaklah terpakai bagi seseorang pemiutang syarikat Labuan itu yang, pada tarikh permohonannya kepada Mahkamah, berhak kepada apa-apa hutang atau tuntutan yang, jika tarikh itu ialah tarikh permulaan penggulungan syarikat
Labuan itu, akan menjadi boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat Labuan itu.
(9F)
Jika sesuatu permohonan dibuat oleh seseorang pemiutang kepada Mahkamah di bawah subseksyen (9D)—
(a)
pemiutang itu hendaklah seberapa segera yang mungkin menyampaikan permohonan itu ke atas syarikat Labuan itu;
dan
(b)
syarikat Labuan itu hendaklah seberapa segera yang mungkin memberi Lembaga notis mengenai permohonan itu.
(10)
Mana-mana pegawai syarikat Labuan yang —
(a)
bersengaja menyembunyikan nama mana-mana pemiutang yang berhak membantah pengurangan itu;
(b)
bersengaja menyalahnyatakan jenis atau amaun hutang atau tuntutan mana-mana pemiutang; atau
(c)
membantu, menyubahati atau menjadi pihak kepada mana-mana penyembunyian atau salah nyataan itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
76
Undang-Undang Malaysia
Penalti: *Tiga juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalam perkara