Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 55

(2)

Penebusan itu tidaklah boleh dikira sebagai mengurangkan amaun modal syer bagi syarikat itu.

(3)

Syer tidak boleh ditebus melainkan jika syer itu telah dibayar penuh.

(3A)

Syer boleh ditebus daripada keuntungan atau, tertakluk pada subseksyen (3B), daripada modal syarikat Labuan itu.

(3B)

Syer tidaklah boleh ditebus daripada modal syarikat Labuan melainkan jika pengarah mengisytiharkan melalui perisytiharan kesolvenan—

(a)

bahawa pada pendapat mereka, mengenai kedudukan syarikat Labuan itu pada tarikh perisytiharan itu, tidak terdapat alasan yang syarikat Labuan itu ketika itu akan didapati tidak dapat membayar hutangnya;

(b)

bahawa pada pendapat mereka—

(i)

jika terdapat niat untuk memulakan penggulungan syarikat Labuan itu dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh perisytiharan kesolvenan itu, bahawa syarikat Labuan itu akan dapat membayar hutangnya dengan sepenuhnya dalam tempoh dua belas bulan itu yang bermula dengan permulaan penggulungan itu; atau

(ii)

jika tidak ada niat untuk memulakan penggulungan, bahawa syarikat Labuan itu akan dapat membayar hutangnya apabila genap masanya hutang itu kena dibayar dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh perisytiharan kesolvenan itu; dan

(c)

bahawa mereka berpendapat bahawa nilai aset syarikat

Labuan itu tidak kurang daripada nilai liabilitinya (termasuk liabiliti luar jangka) dan tidak akan, selepas penebusan yang

78

Undang-Undang Malaysia dicadangkan itu, menjadi kurang daripada nilai liabilitinya

(termasuk liabiliti luar jangka).

(3C)

Pengarah hendaklah menyerahkan suatu salinan terperaku perisytiharan kesolvenan itu dan notis penebusan syer itu dalam borang yang ditetapkan dalam masa tiga puluh hari kepada Lembaga, dan atas penyerahan itu Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan untuk mengesahkan penyerahan perisytiharan kesolvenan itu.

(4)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (3C), pengarah syarikat Labuan yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1367).

(5)

(Dipotong oleh Akta A1367).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1367).

(7)

(Dipotong oleh Akta A1367).

(8)

(Dipotong oleh Akta A1367).