Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 58

Syarikat Labuan hendaklah menyenggara daftar pemegang debentur

(a)

suatu daftar pemegang debentur itu;

(b)

suatu salinan kesemua terma bagi debentur yang diterbitkan demikian;

(c)

suatu penyata akaun mengenai status debentur itu; dan

(d)

suatu daftar semua debentur yang dibatalkan atau ditebus.

(1A)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (1), syarikat Labuan yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

Penalti: Dua puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

(2)

Tiap-tiap daftar pemegang debentur sesuatu syarikat Labuan hendaklah, kecuali apabila ditutup dengan sempurnanya, dibuka untuk pemeriksaan pemegang berdaftar mana-mana debentur tersebut dan mana-mana pemegang syer dalam syarikat itu, dan hendaklah mengandungi, dalam hal debentur biasa, butir-butir mengenai nama dan alamat pemegang debentur dan jumlah debentur yang dipegang oleh tiap-tiap seorang daripada mereka.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu daftar pemegang debentur hendaklah disifatkan ditutup dengan sempurnanya jika ditutup mengikut peruntukan yang terkandung dalam perkara, atau dalam debentur atau perakuan saham debentur, atau dalam surat ikatan amanah atau dokumen lain yang berhubungan dengan atau yang mendapatkan debentur itu, dalam tempoh atau tempoh-tempoh, yang pada agregatnya tidak melebihi tiga puluh hari dalam mana-mana tahun kalendar, sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.

80

Undang-Undang Malaysia

(4)

Mana-mana pemegang berdaftar debentur yang diterbitkan oleh, dan mana-mana pemegang syer dalam, sesuatu syarikat Labuan hendaklah, atas permintaannya, dibekalkan oleh syarikat itu dengan suatu salinan daftar pemegang debentur syarikat itu atau mana-mana bahagiannya, apabila dibayar sesuatu amaun, tidak melebihi dua puluh ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang, sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat itu, tetapi salinan itu tidak perlu meliputi apa-apa butir mengenai mana-mana pemegang debentur selain nama dan alamatnya dan debentur yang dipegang olehnya.

(5)

Suatu salinan mana-mana surat ikatan amanah yang berhubung dengan atau bagi mendapatkan apa-apa penerbitan debentur oleh sesuatu syarikat Labuan hendaklah dikemukakan oleh syarikat itu kepada pemegang debentur itu atas permintaannya, apabila dibayar sesuatu amaun, tidak melebih dua puluh ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang, sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat itu.

(6)

Jika pemeriksaan tidak dibenarkan, atau suatu salinan tidak diberikan atau tidak dikemukakan, dalam masa yang munasabah

(tetapi tidak lebih daripada satu bulan) selepas suatu permintaan dibuat menurut seksyen ini, syarikat Labuan dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: *Dua puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

(7)

(Dipotong oleh Akta A1367).

Debentur berkekalan

Section 58 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my