Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Penerbitan semula debentur telah ditebus
(a)
melainkan jika apa-apa peruntukan yang berlawanan, sama ada nyata atau tersirat, terkandung dalam apa-apa kontrak yang dibuat oleh syarikat itu; atau
(b)
melainkan jika syarikat itu telah, dengan meluluskan suatu ketetapan bagi maksud itu atau dengan apa-apa perbuatan lain, menyatakan niatnya supaya debentur itu dibatalkan, syarikat itu hendaklah mempunyai kuasa untuk menerbitkan semula debentur itu, sama ada dengan menerbitkan semula debentur yang sama atau dengan menerbitkan debentur lain bagi menggantikannya, tetapi penerbitan semula sesuatu debentur atau penerbitan sesuatu debentur bagi menggantikan yang lain di bawah subseksyen ini tidaklah boleh diambil kira sebagai penerbitan sesuatu debentur baharu bagi maksud apa-apa peruntukan yang membataskan amaun atau bilangan debentur yang boleh diterbitkan oleh syarikat itu.
(2)
Apabila debentur telah ditebus diterbitkan semula, orang yang berhak terhadap debentur itu hendaklah mempunyai, dan hendaklah disifatkan sentiasa telah mempunyai, prioriti yang sama seolah-olah debentur itu tidak pernah ditebus.
(3)
Jika sesuatu syarikat Labuan telah mendepositkan mana-mana debenturnya bagi mendapatkan pendahuluan bagi akaun semasa atau selainnya, debentur itu tidaklah boleh disifatkan telah ditebus semata-mata oleh sebab akaun syarikat itu telah tidak lagi dalam debit semasa debentur itu masih didepositkan demikian.