Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
Dalam penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“kepentingan” ertinya apa-apa hak untuk mendapat atau mengambil bahagian, atau apa-apa kepentingan, sama ada boleh dikuatkuasakan atau tidak, dan sama ada sebenar, prospektif atau kontingen—
(a)
dalam apa-apa keuntungan, aset atau penghasilan apa-apa pengusahaan atau skim kewangan atau perniagaan, sama ada di Malaysia atau di tempat lain;
(b)
dalam apa-apa perusahaan bersama, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, di mana pemegang hak atau kepentingan itu terpengaruh untuk menjangkakan keuntungan, sewa atau faedah daripada usaha penaja perusahaan bersama itu atau pihak ketiga; atau
(c)
dalam apa-apa kontrak pelaburan, sama ada atau tidak hak atau kepentingan itu terbukti dengan suatu dokumen formal, dan sama ada atau tidak hak atau kepentingan itu berhubung dengan suatu aset fizikal, tetapi tidaklah termasuk —
(d)
apa-apa syer dalam, atau debentur bagi, sesuatu perbadanan;
Syarikat Labuan 83
(da) apa-apa kepentingan dalam perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad;
(e)
apa-apa kepentingan dalam, atau yang terbit daripada, sesuatu polisi insurans nyawa;
(f)
apa-apa kepentingan dalam sesuatu perjanjian perkongsian selain dalam perenggan (da) melainkan jika perjanjian itu—
(i)
berhubung dengan sesuatu pengusahaan, skim, perusahaan atau kontrak pelaburan yang ditaja oleh, atau bagi pihak, seseorang yang perniagaan biasanya atau termasuk penajaan pengusahaan, skim, perusahaan atau kontrak pelaburan yang serupa; atau
(ii)
adalah suatu perjanjian, atau termasuk dalam suatu kelas perjanjian, yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan bagi maksud perenggan ini;
“kontrak pelaburan” ertinya apa-apa kontrak, skim atau perkiraan yang pada materialnya dan tanpa mengambil kira bentuknya melibatkan pelaburan wang dalam atau di bawah apa-apa hal keadaan di mana pelabur memperoleh atau boleh memperoleh suatu kepentingan mengenai, atau hak berkenaan dengan, harta yang, di bawah atau mengikut terma pelaburan, akan atau boleh, mengikut opsyen pelabur itu, digunakan atau dipergunakan bersama-sama dengan mana-mana kepentingan lain mengenai, atau hak lain berkenaan dengan, harta yang diperoleh dalam atau di bawah hal keadaan yang serupa;
“syarikat pengurusan”, berhubung dengan apa-apa kepentingan yang diterbitkan atau apa-apa surat ikatan yang berhubung dengan apa-apa kepentingan yang diterbitkan atau dicadang hendak diterbitkan, ertinya sesuatu syarikat yang olehnya atau bagi pihaknya kepentingan itu telah diterbitkan atau dicadang hendak diterbitkan, dan termasuklah mana-mana orang yang pada masa ini menjalankan fungsi syarikat pengurusan itu.
84
Undang-Undang Malaysia
Surat ikatan diluluskan