Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 68

(2)

Lembaga tidak boleh memberi kelulusannya bagi sesuatu surat ikatan melainkan jika surat ikatan itu —

(a)

memperuntukkan bahawa tiada bahagian kepentingan yang dimaksudkan oleh surat ikatan itu boleh ditawarkan kepada pemastautin Malaysia;

(b)

mematuhi kehendak Penggal ini; dan

(c)

membuat peruntukan bagi apa-apa perkara dan benda lain yang dikehendaki oleh atau di bawah peraturan-peraturan supaya dimasukkan dalam surat ikatan itu, dan jika peraturan-peraturan telah dibuat menetapkan caj yang boleh dikenakan oleh sesuatu syarikat pengurusan, melainkan jika surat ikatan itu memperuntukkan—

Syarikat Labuan 85

(i)

bahawa caj yang hendak dikenakan oleh syarikat pengurusan itu tidak melebihi apa-apa peratusan atau amaun yang ditetapkan; dan

(ii)

bahawa harga yang baginya kepentingan yang dimaksudkan oleh surat ikatan itu hendak dijual atau dibeli oleh syarikat pengurusan itu adalah konsisten dengan peraturan-peraturan yang berhubung dengan harga itu.

Kepentingan hendaklah diterbitkan oleh syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing sahaja