Malaysia legislation

Section 85

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 85

(2)

Notis mengenai tempat letaknya pejabat berdaftar sesuatu syarikat Labuan hendaklah diberi mengikut bentuk yang ditetapkan kepada Lembaga dalam masa satu bulan selepas tarikh pemerbadanan syarikat itu.

(3)

Jika sesuatu syarikat

Labuan telah menukar pejabat berdaftarnya, ia hendaklah memberi notis mengenai pertukaran itu mengikut bentuk yang ditetapkan kepada Lembaga dalam masa satu bulan selepas pertukaran tersebut.

(4)

Sesuatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempamerkan di pejabat utamanya, di tempat yang mudah kelihatan dalam huruf rumi yang mudah dibaca, nama syarikat Labuan yang mempunyai pejabat berdaftarnya di alamatnya.

(5)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat subeksyen 29(b) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

[Akta A1653].

Syarikat Labuan 97

Nama hendaklah dipamerkan di semua pejabat dan terdapat pada meterai, surat, dsb.