Malaysia legislation

Section 86

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 86

(1A)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (1), syarikat Labuan dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

(2)

Nama sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah (sama ada atau tidak ia menjalankan perniagaan di bawah suatu nama perniagaan) terdapat dalam huruf rumi yang mudah dibaca pada—

(a)

meterainya; dan

(b)

segala surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi, penerbitan, bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan, cek, pesanan, resit dan surat kredit bagi, atau yang berupa sebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak, syarikat itu, dan jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen ini, syarikat itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2A)

Nama sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah (sama ada atau tidak ia menjalankan perniagaan di bawah suatu nama perniagaan) terdapat dalam huruf rumi yang mudah dibaca dan nombor syarikat bagi syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing itu hendaklah terdapat pada memorandum dan perkara persatuan dan apa-apa dokumen lain yang ditetapkan dan jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen ini, syarikat itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

98

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing telah menukar namanya, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah juga terdapat di bawah nama sekarang pada semua dokumen, surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi, penerbitan, bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan, cek, pesanan, resit dan surat kredit bagi, atau yang berupa sebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak, syarikat itu selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh pertukaran itu.

(4)

Jika seseorang pegawai syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau mana-mana orang bagi pihak syarikat itu—

(a)

menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa meterai yang berupa sebagai meterai syarikat itu yang padanya namanya tidak terdapat sedemikian;

(b)

mengeluarkan atau membenarkan pengeluaran apa-apa surat perniagaan, penyata akaun, invois atau notis rasmi atau penerbitan syarikat itu yang di dalamnya namanya atau nama dahulunya (jika berkenaan) tidak disebut sedemikian;

(c)

menandatangani, mengeluarkan atau membenarkan ditandatangani atau dikeluarkan, bagi pihak syarikat itu, apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang, cek atau surat cara boleh niaga lain atau apa-apa pengendorsan, pesanan, resit atau surat kredit yang di dalamnya namanya atau nama dahulunya (jika berkenaan) tidak disebut sedemikian; atau

(d)

menandatangani atau membenarkan ditandatangani, bagi pihak syarikat, memorandum dan perkara persatuan atau apa-apa dokumen lain yang ditetapkan oleh Lembaga apabila nama dan nombor syarikat bagi syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu tidak disebut sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, jika dia telah menandatangani, mengeluarkan atau membenarkan ditandatangani atau dikeluarkan bagi pihak syarikat itu apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang atau surat cara boleh niaga lain atau apa-apa pengendorsan yang padanya atau pesanan yang di dalamnya nama itu atau nama dahulunya (jika berkenaan) tidak disebutkan dia hendaklah

Syarikat Labuan 99

sebagai tambahan bertanggungan sendiri kepada pemegang surat cara atau pesanan itu sebanyak amaun yang kena dibayar baginya melainkan jika ia telah dibayar oleh syarikat itu.

Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

PENGARAH DAN PEGAWAI

Pengarah