Malaysia legislation
Section 87
Seksyen 87
(2)
**Pengarah pemastautin suatu syarikat Labuan di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a)
seorang pegawai amanah suatu syarikat amanah Labuan yang diluluskan oleh Lembaga di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 yang disediakan oleh syarikat amanah Labuan untuk dilantik sebagai pengarah pemastautin; atau
(b)
mana-mana orang sebenar yang telah mencapai umur lapan belas tahun, yang selainnya mempunyai keupayaan undang-undang, memenuhi kriteria itu atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan bersetuju secara bertulis untuk dilantik sebagai pengarah pemastautin.
(3)
Apa-apa kekosongan luar jangka pengarah boleh, setakat mana perkara sesuatu syarikat Labuan tidak memperuntukkan selainnya, diisikan oleh seorang yang dilantik oleh pengarah atau pengarah-pengarah yang masih kekal atau, jika tiada pengarah yang
*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat subseksyen 30(c) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022
[Akta A1653].
**CATATAN— lihat subseksyen 61(1) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 [Akta A1653]
100
Undang-Undang Malaysia masih kekal, oleh Lembaga atas permohonan seorang anggota syarikat itu.
(4)
Tertakluk pada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam perkara suatu syarikat Labuan, seorang pengarah suatu syarikat
Labuan bolehlah suatu perbadanan dan perbadanan itu bolehlah bertindak dengan sendirinya atau melalui seorang penama yang dilantik secara bertulis dan perbadanan itu boleh dilantik atau bertindak sebagai pengarah kepada lebih daripada satu syarikat.
(5)
Pegawai amanah atau orang sebenar yang dilantik sebagai pengarah pemastautin menurut perenggan (2)(a) atau (2)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh bersara atau meletakkan jawatan tertakluk pada terma perjanjian antara syarikat amanah
Labuan dan syarikat Labuan yang dia dilantik sebagai pengarah pemastautin.
(5A)
(Dipotong oleh Akta A1653).
(6)
Seorang pengarah pemastautin suatu syarikat Labuan berhak mengundi di atas ketetapan lembaga pengarah tanpa menzahirkan kepentingannya sebagai seorang pengarah mana-mana syarikat
Labuan lain.
(7)
Notis yang diterima oleh seorang pengarah pemastautin syarikat Labuan tidak boleh disifatkan sebagai notis kepada syarikat itu melainkan jika notis itu secara spesifik diberikan kepada pengarah pemastautin itu sebagai notis kepada syarikat itu.
(8)
Seorang pengarah suatu syarikat Labuan tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebab jawatannya kecuali mengikut kewajipannya sebagai seorang pengarah syarikat itu dan setakat mana yang dia boleh dipaksa oleh undang-undang untuk berbuat demikian, tetapi seorang pengarah boleh mendedahkan kepada seorang pegawai awam yang berkenaan di Malaysia, atau selainnya menggunakan dalam Malaysia, apa-apa maklumat yang ada dalam pengetahuannya yang dipercayai dengan jujurnya membayangkan suatu fraud sedang atau akan dipraktikkan
Syarikat Labuan 101
oleh syarikat itu atau oleh mana-mana anggotanya atau mana-mana pengarahnya atau ke atas syarikat itu atau mana-mana anggotanya.
(9)
Seorang pengarah atau pengarah pemastautin suatu syarikat
Labuan yang mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebab jawatannya berlanggaran dengan subseksyen (8)
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Tiga juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(10)
Fi yang kena dibayar bagi pelantikan sebagai pengarah pemastautin hendaklah dibayar—
(a)
dalam hal pegawai amanah dilantik sebagai pengarah pemastautin syarikat Labuan menurut perenggan (2)(a), kepada syarikat amanah Labuan yang menyediakannya bagi pelantikan itu; dan
(b)
dalam hal orang sebenar dilantik sebagai pengarah pemastautin syarikat Labuan menurut perenggan (2)(b), secara langsung kepada orang itu.
(11)
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini atau apa-apa peraturan yang berlawanan, dan melainkan jika yang selainnya diperuntukkan dalam perkara suatu syarikat Labuan, seorang pengarah pemastautin tidaklah boleh dikenakan apa-apa penalti yang diperuntukkan di bawah Akta ini bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepada atau ditanggung oleh mana-mana orang walau bagaimana jua pun kerugian itu berbangkit, selain daripada oleh sebab perbuatan salah-laku yang sengaja, keingkaran sengaja atau keabaian sengaja pengarah pemastautin itu.
Persetujuan untuk bertindak sebagai pengarah