Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 8

(2)

Tiada seorang pun yang berurusan dengan mana-mana pegawai diberi kuasa Lembaga boleh mengambil berat untuk melihat atau bertanya sama ada apa-apa sekatan atau batasan telah ditetapkan, dan tiap-tiap tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai diberi kuasa itu, setakat yang tindakan yang diambil atau tidak diambil itu menjejaskan mana-mana orang itu, hendaklah sama sahnya dan sama kesannya seolah-olah tindakan itu diambil atau tidak diambil oleh Lembaga.

(3)

Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secara kehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meterai Lembaga.

(4)

Bagi maksud menentukan sama ada sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mematuhi Akta ini, Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menghendaki syarikat

Labuan itu atau syarikat Labuan asing itu atau mana-mana pegawai syarikat Labuan itu atau syarikat Labuan asing itu untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau rekod yang dikehendaki disimpan oleh syarikat itu di bawah atau oleh Akta ini untuk diperiksa oleh Lembaga atau pegawai diberi kuasa.

(5)

Sesuatu syarikat Labuan, syarikat Labuan asing atau mana-mana pegawai syarikat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh

Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah subseksyen (4), mengemukakan buku, buku minit, daftar atau rekod itu.

(6)

Sesuatu syarikat Labuan, syarikat Labuan asing atau mana-mana pegawai syarikat itu tidak boleh menggalang atau menghalang Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (4).

(6A)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama satu tahun atau kedua-duanya.

28

Undang-Undang Malaysia

(7)

Sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah membayar apa-apa fi yang ditetapkan kepada Lembaga.

Penyerahan dokumen