Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 91

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika kepentingan pengarah syarikat Labuan itu hanya terdiri daripada pengarah itu menjadi anggota atau pemiutang suatu syarikat

Labuan lain yang berkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak dicadangkan dengan syarikat yang mula-mula disebut itu, jika kepentingan pengarah itu boleh dengan sepatutnya dianggap bukan kepentingan material.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seorang pengarah pemastautin hendaklah disifatkan berkepentingan dalam semua kontrak atau kontrak dicadangkan dengan mana-mana syarikat Labuan yang dia menjadi pengarah dan pengarah pemastautin itu hendaklah dikecualikan daripada apa-apa kehendak mengedarkan notis atau perisytiharan bertulis; dan suatu perisytiharan lisan yang dicatatkan dalam minit disifatkan sebagai pematuhan yang mencukupi peruntukan subseksyen (1).

(4)

Tertakluk pada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam perkara suatu syarikat Labuan, seorang pengarah syarikat itu, tidaklah boleh bagi maksud seksyen ini, disifatkan berkepentingan, atau pada

104

Undang-Undang Malaysia bila-bila masa telah berkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak dicadangkan, oleh sebab kontrak atau kontrak dicadangkan itu—

(a)

telah atau akan dibuat dengan;

(b)

adalah bagi faedah; atau

(c)

adalah bagi pihak, suatu syarikat yang menurut peruntukan seksyen 4, disifatkan sebagai syarikat berkaitan, dan oleh sebab pengarah itu juga seorang pengarah syarikat itu.

(5)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am yang diberikan kepada pengarah suatu syarikat Labuan oleh seorang pengarah yang bermaksud bahawa dia seorang pegawai atau anggota suatu perbadanan yang dinyatakan atau seorang anggota suatu firma yang dinyatakan dan dia hendaklah dianggap berkepentingan dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan syarikat atau firma itu selepas tarikh notis itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang mencukupi berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian, tetapi tiada notis sedemikian boleh mempunyai kuat kuasa melainkan jika sama ada ia diberikan di suatu mesyuarat pengarah itu mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah yang berikutnya selepas notis itu diberi.

(6)

Tiap-tiap pengarah suatu syarikat Labuan yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta yang dengannya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah, hendaklah mengisytiharkan di suatu mesyuarat pengarah syarikat itu atau menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada pengarah lain fakta dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi seorang pengarah pemastautin melainkan jika perkara syarikat memperuntukkan sebaliknya.

Syarikat Labuan 105

(7)

Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seorang pengarah di bawah subseksyen (6) hendaklah dibuat di mesyuarat pertama pengarah yang diadakan—

(a)

selepas dia menjadi seorang pengarah; atau

(b)

(jika dia telah pun menjadi seorang pengarah) selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu, melainkan jika fakta itu telah diedarkan secara bertulis sebelum mesyuarat itu.

(8)

Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat di mana perisytiharan itu telah dibuat.

(9)

Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklah mengurangkan penjalanan kuat kuasa apa-apa rukun undang-undang atau apa-apa peruntukan dalam perkara suatu syarikat Labuan yang menyekat seorang pengarah syarikat itu daripada mempunyai apa-apa kepentingan dalam kontrak dengan syarikat itu atau daripada memegang jawatan atau memiliki harta yang melibatkan kewajipan atau kepentingan yang bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi seorang pengarah pemastautin melainkan jika perkara syarikat memperuntukkan sebaliknya.

(10)

Bagi maksud seksyen ini, kepentingan seseorang pengarah hendaklah dikira sebagai termasuk kepentingan seorang anggota keluarga pengarah itu dan perkataan “anggota keluarga pengarah”

termasuklah isteri atau suaminya, anak lelakinya, anak angkat lelakinya, anak tiri lelakinya, anak perempuannya, anak angkat perempuannya dan anak tiri perempuannya.

(11)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, pengarah syarikat yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Tiga juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

106

Undang-Undang Malaysia

Kewajipan dan liabiliti pegawai