Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(2)
Seseorang pengarah sesuatu syarikat Labuan hendaklah pada setiap masa menjalankan kuasanya bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan syarikat Labuan itu.
(3)
Seseorang pengarah sesuatu syarikat Labuan hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, menggunakan kemahiran dan usaha yang munasabah dengan —
(a)
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya boleh diharapkan daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan
(b)
apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan yang dipunyai oleh pengarah itu pada hakikatnya.
(4)
Seseorang pengarah yang membuat pertimbangan perniagaan disifatkan memenuhi kehendak kewajipannya di bawah subseksyen (3)
dan kewajipan yang setara di bawah common law dan dalam ekuiti jika pengarah itu —
(a)
membuat pertimbangan perniagaan itu dengan suci hati bagi maksud yang sepatutnya;
(b)
tidak mempunyai kepentingan persendirian yang material dalam hal perkara pertimbangan perniagaan itu;
(c)
berpengetahuan mengenai hal perkara pertimbangan perniagaan itu setakat yang pengarah itu semunasabahnya percaya sebagai sesuai di bawah hal keadaan itu; dan
(d)
semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan perniagaan itu adalah demi kepentingan syarikat Labuan itu,
Syarikat Labuan 107
dan bagi maksud subseksyen ini, “pertimbangan perniagaan” ertinya apa-apa keputusan tentang sama ada hendak mengambil tindakan atau tidak berkenaan dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan perniagaan syarikat itu.
(5)
Seseorang pengarah boleh bergantung pada maklumat, nasihat profesional atau pakar, pendapat, laporan atau pernyataan termasuk penyata kewangan dan data kewangan yang lain, yang disediakan, dikemukakan atau dibuat oleh —
(a)
mana-mana pegawai syarikat Labuan itu yang pengarah itu mempercayai atas alasan yang munasabah sebagai boleh diharap dan berwibawa berhubung dengan perkara yang berkenaan;
(b)
mana-mana orang lain yang diambil berkhidmat oleh syarikat Labuan itu mengenai perkara yang melibatkan kemahiran atau kepakaran berhubung dengan perkara yang dipercayai oleh pengarah itu atas alasan yang munasabah sebagai berada dalam kewibawaan profesional atau kepakaran orang itu;
(c)
pengarah lain berhubung dengan perkara dalam kuasa pengarah itu; atau
(d)
mana-mana jawatankuasa lembaga pengarah yang pengarah itu tidak menjadi anggotanya berhubung dengan perkara yang berada dalam kuasa jawatankuasa itu.
(6)
Penggantungan pengarah itu yang dibuat di bawah subseksyen (5) disifatkan dibuat atas alasan yang munasabah jika dibuat—
(a)
dengan suci hati; dan
(b)
selepas membuat penilaian bebas mengenai maklumat atau nasihat, pendapat, laporan atau pernyataan, termasuk penyata kewangan dan data kewangan yang lain, dengan mengambil kira pengetahuan pengarah itu mengenai
108
Undang-Undang Malaysia syarikat Labuan itu dan kompleksnya struktur dan operasi syarikat Labuan itu.
(7)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, memorandum atau perkara persatuan syarikat Labuan itu atau mana-mana ketetapan lembaga pengarah atau pemegang syer syarikat
Labuan itu, pengarah boleh mewakilkan mana-mana kuasa lembaga pengarah kepada mana-mana pengarah, jawatankuasa kepada lembaga pengarah, pegawai, pekerja, pakar atau mana-mana orang lain.
(8)
Jika pengarah telah mewakilkan mana-mana kuasa sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (7), pengarah bertanggungjawab bagi penjalanan kuasa itu oleh orang yang diwakilkan kuasa itu seolah-olah kuasa itu telah dijalankan oleh pengarah sendiri.
(9)
Pengarah tidak menjadi bertanggungjawab di bawah subseksyen (8) jika —
(a)
pengarah mempercayai atas alasan yang munasabah pada setiap masa bahawa orang yang diwakilkan kuasa itu akan menjalankan kuasa itu selaras dengan kewajipan yang dikenakan ke atas pengarah di bawah Akta ini dan memorandum dan perkara persatuan syarikat itu
(jika ada); dan
(b)
pengarah mempercayai atas alasan yang munasabah, dengan suci hati dan selepas membuat siasatan yang sepatutnya jika hal keadaan menunjukkan perlu diadakan siasatan, bahawa orang yang diwakilkan kuasa itu boleh diharap dan berwibawa berhubung dengan kuasa yang diwakilkan itu.
(10)
Seseorang pegawai sesuatu syarikat Labuan tidak boleh menggunakan secara tidak sepatutnya apa-apa maklumat yang diperoleh berdasarkan jawatannya untuk mendapatkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, suatu faedah bagi dirinya atau mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan mudarat kepada syarikat itu.
Syarikat Labuan 109
(11)
Seorang pegawai suatu syarikat Labuan yang melanggar seksyen ini adalah bertanggungan kepada syarikat itu bagi apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya dan bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh syarikat akibat pelanggaran sedemikian.
(12)
Seseorang pengarah sesuatu syarikat Labuan yang membuat perisytiharan kesolvenan, menurut peruntukan Akta ini, tanpa mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapat yang dinyatakan dalamnya adalah bertanggungan secara jenayah bagi apa-apa wang atau keuntungan yang diterima.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(12A)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (3), pengarah syarikat Labuan yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Tiga juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(13)
Seksyen ini ialah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau rukun undang-undang yang berhubungan dengan kewajipan atau liabiliti pengarah atau pegawai sesuatu syarikat Labuan.
Setiausaha