Malaysia legislation
Section 93
Seksyen 93
(1A)
Tertakluk pada subseksyen (2) dan apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam memorandum dan perkara persatuan sesuatu syarikat Labuan, suatu perbadanan boleh menjadi setiausaha sesuatu syarikat Labuan dan perbadanan itu boleh bertindak sendiri atau melalui seorang penama yang dilantik secara bertulis dan boleh dilantik atau bertindak sebagai setiausaha bagi lebih daripada satu syarikat.
110
Undang-Undang Malaysia
(2)
*Tiada seorang pun, selain pegawai amanah sesuatu syarikat amanah Labuan yang diluluskan oleh Lembaga di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, atau sesuatu syarikat Labuan atau sesuatu syarikat domestik, yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat amanah Labuan dan diluluskan oleh
Lembaga, boleh disediakan untuk pelantikan oleh syarikat amanah
Labuan itu boleh bertindak atau dilantik sebagai setiausaha pemastautin.
(2A)
Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan boleh meletakkan jawatan tertakluk pada terma perjanjian antara syarikat amanah Labuan yang menyediakan orang itu untuk pelantikan itu dengan syarikat Labuan yang berkenaan dan syarikat
Labuan itu hendaklah melantik seorang setiausaha pemastautin gantian tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh kuat kuasa peletakan jawatan itu.
(2B)
Syarikat amanah Labuan itu hendaklah menyerahkan kepada
Lembaga suatu notis mengenai peletakan jawatan itu menurut subseksyen (2A).
(2C)
Jika syarikat Labuan itu tidak melantik seorang setiausaha pemastautin gantian dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kuat kuasa peletakan jawatan itu menurut subseksyen (2A), syarikat itu disifatkan telah dipotong daripada daftar.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (4), setiausaha pemastautin suatu syarikat Labuan hendaklah bertanggungjawab bagi pematuhan kehendak Akta ini oleh syarikat itu berhubung dengan penyerahan semua dokumen kepada Lembaga dan penyenggaraan rekod syarikat di pejabat berdaftar syarikat itu dan bagi menguruskan komunikasi yang disampaikan ke atas syarikat itu di pejabat berdaftarnya.
(4)
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini yang berlawanan, setiausaha pemastautin tidak boleh dikenakan apa-apa penalti yang diperuntukkan dalam Akta ini sebagai seorang pegawai syarikat kecuali bagi apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukan
*CATATAN— lihat subseksyen 61(2) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 [Akta A1653].
Syarikat Labuan 111
olehnya dalam menjalankan tugas jawatannya, dan setiausaha pemastautin itu tidak boleh juga bertanggungan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepada atau ditanggung oleh mana-mana orang, walau bagaimana jua pun ianya berbangkit, selain dengan sebab perbuatan salah-laku yang sengaja, keingkaran sengaja atau keabaian sengaja.
(5)
Suatu syarikat
Labuan hendaklah dengan serta-merta membayar apa-apa kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh setiausaha pemastautin berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan olehnya bagi pihak syarikat itu di bawah Akta ini.
(6)
Gaji seorang setiausaha pemastautin suatu syarikat Labuan yang kena dibayar oleh suatu syarikat Labuan hendaklah dibayar secara langsung kepada syarikat amanah
Labuan yang menyediakannya bagi pelantikan itu.
(7)
Tiap-tiap setiausaha syarikat Labuan hendaklah dilantik oleh pengarah syarikat itu.
Daftar pengarah dan setiausaha