Malaysia legislation

Section 94

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 94

(2)

Daftar itu hendaklah mengandungi, berkenaan dengan setiap pengarah, dalam hal seorang pengarah individu, nama penuhnya pada masa sekarang dan apa-apa nama dahulunya, alamat perniagaan atau kediaman biasanya dan pengenalannya (jika ada), dan nama syarikat amanah Labuan yang dia adalah seorang pegawainya dan alamat pejabat berdaftarnya, atau dalam hal suatu perbadanan, nama penuh perbadanan itu, alamat pejabat berdaftarnya dan nama penama dan wakilnya yang diberi kuasa di Labuan.

(3)

Daftar itu hendaklah mengandungi, berkenaan dengan setiap setiausaha, dalam hal seorang individu, nama penuhnya pada masa sekarang dan apa-apa nama dahulunya, alamat kediaman biasanya dan pengenalannya (jika ada) dan nama syarikat amanah Labuan yang dia adalah seorang pegawai dan alamat pejabat berdaftar

112

Undang-Undang Malaysia syarikat amanah Labuan itu atau dalam hal suatu perbadanan, nama penuh perbadanan itu, alamat pejabat berdaftarnya dan nama penama dan wakilnya yang diberi kuasa di Labuan.

(4)

Daftar yang disimpan oleh suatu syarikat Labuan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan mana-mana pengarah, anggota atau juruaudit syarikat itu tanpa caj.

(5)

Suatu syarikat Labuan hendaklah menyerahkan kepada

Lembaga —

(a)

dalam masa satu bulan selepas ianya diperbadankan, suatu penyata mengikut bentuk yang ditetapkan yang mengandungi, berhubung dengan pengarah dan setiausahanya, butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam daftar itu;

(b)

dalam masa satu bulan selepas seseorang yang dinamakan dalam penyata itu berhenti menjadi pengarah atau setiausaha syarikat itu, suatu penyata mengikut bentuk yang ditetapkan yang memberitahu

Lembaga mengenai pertukaran itu dan yang mengandungi berkenaan dengan setiap pengarah atau setiausaha syarikat pada masa itu, butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam daftar itu dan tarikh pemberhentian pengarah atau setiausaha itu;

(c)

dalam masa satu bulan selepas seseorang menjadi pengarah atau setiausaha syarikat itu, suatu penyata mengikut bentuk yang ditetapkan yang memberitahu Lembaga mengenai fakta tersebut dan yang mengandungi butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam daftar itu dan tarikh pelantikan orang itu; dan

(d)

dalam masa satu bulan selepas apa-apa pertukaran dalam butir-butir yang ditetapkan pengarah dan setiausaha, notis dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu Pendaftar mengenai pertukaran itu.

(6)

Jika berlaku keingkaran oleh suatu syarikat Labuan pada mematuhi apa-apa peruntukan seksyen ini, syarikat itu dan tiaptiap

Syarikat Labuan 113

pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

(7)

Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya—

(a)

dalam hal orang yang kepadanya dikeluarkan kad pengenalan, nombor kad pengenalan itu;

(b)

dalam hal orang yang kepadanya tidak dikeluarkan kad pengenalan, butir-butir pasportnya;

(c)

dalam hal sesuatu perbadanan, nombor pemerbadanan atau pendaftaran; atau

(d)

apa-apa keterangan seumpamanya yang lain mengenai pengenalan yang ada.

Kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini yang dilakukan oleh setiausaha

Section 94 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my