Malaysia legislation

Section 94A

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 94A

Jika mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana syarikat domestik atau Labuan yang disediakan oleh suatu syarikat amanah Labuan untuk bertindak atau dilantik sebagai setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu pengarah atau pegawai syarikat amanah Labuan itu atau berupa sebagai bertindak atau mana-mana sifat sedemikian, atau telah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan mana-mana hal-ehwal syarikat amanah Labuan itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan memberikan perhatian kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat seksyen 36 Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

[Akta A1653].

114

Undang-Undang Malaysia

Section 94A — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my