Malaysia legislation

Section 95

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 95

(2)

Walau apa pun dalam perkara, pengarah suatu syarikat Labuan hendaklah, atas rekuisisi sepuluh anggota atau lebih, atau anggota yang pada tarikh rekuisisi itu didepositkan memegang tidak kurang daripada satu persepuluh jumlah modal berbayar syarikat itu, dengan serta-merta mengambil tindakan untuk memanggil suatu mesyuarat anggota.

(3)

Tertakluk pada apa-apa had dalam memorandum dan perkaranya, sesuatu syarikat Labuan boleh mengadakan semua mesyuarat anggotanya di Malaysia, atau di tempat lain, di lebih daripada satu tempat dengan menggunakan apa-apa teknologi yang

Syarikat Labuan 115

membolehkan semua anggota peluang yang munasabah untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

(4)

Seorang anggota boleh, di suatu mesyuarat anggota, diwakili oleh seorang proksi yang boleh bercakap dan mengundi bagi pihaknya.

(5)

Peruntukan yang berikut adalah terpakai berkenaan dengan pemunyaan syer bersesama:

(a)

jika dua orang atau lebih memegang syer bersesama, setiap daripada mereka itu boleh hadir dengan sendirinya atau melalui proksi di mesyuarat anggota dan boleh bercakap sebagai anggota;

(b)

jika hanya seorang sahaja daripada mereka hadir dengan sendirinya atau melalui proksi, dia bolehlah mengundi bagi pihak mereka semua; dan

(c)

jika dua daripada mereka atau lebih hadir dengan sendirinya atau melalui proksi, mereka hendaklah mengundi sebagai satu.

Notis mesyuarat anggota