Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), tetapi tertakluk pada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara, suatu mesyuarat anggota yang diadakan berlanggaran dengan kehendak memberi notis sah jika anggota yang memegang majoriti sembilan puluh peratus, atau apa-apa majoriti yang kurang daripada itu sebagaimana yang dinyatakan dalam memorandum atau perkara —
116
Undang-Undang Malaysia
(a)
daripada jumlah bilangan syer anggota yang berhak mengundi atas semua perkara yang akan ditentukan di mesyuarat itu; atau
(b)
daripada undi setiap kelas atau siri syer jika anggota itu berhak mengundi ke atasnya sebagai satu kelas atau siri berserta dengan majoriti mutlak bagi undi yang selebihnya, telah menepikan notis mesyuarat itu; dan bagi maksud ini, kehadiran seorang anggota di mesyuarat itu hendaklah disifatkan sebagai penepian di pihaknya.
(3)
Kegagalan tidak sengaja pengarah untuk memberi notis mesyuarat kepada seorang anggota, atau fakta bahawa seorang anggota telah tidak menerima notis itu, tidaklah menjadikan mesyuarat itu tidak sah.
Kuorum, pengerusi, pengundian, dsb., di mesyuarat