Malaysia legislation
Section 97
Seksyen 97
(a)
mana-mana anggota yang dilantik oleh anggota yang hadir boleh menjadi pengerusi mesyuarat itu; dan
(b)
tiap-tiap anggota hendaklah mempunyai satu undi berkenaan dengan tiap-tiap syer yang dipegang olehnya.
(2)
Dalam suatu pengundian yang dibuat di suatu mesyuarat, seorang yang berhak kepada lebih daripada satu undi tidaklah perlu, jika dia mengundi, menggunakan semua undinya itu atau membuang semua undi yang digunakannya itu dalam cara yang sama.
(3)
Suatu perbadanan boleh, melalui ketetapan pengarah atau badan kawalan lainnya —
Syarikat Labuan 117
(a)
jika perbadanan itu adalah anggota suatu syarikat Labuan, memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut untuk bertindak sebagai wakilnya sama ada di suatu mesyuarat tertentu anggota atau di semua mesyuarat anggota syarikat itu atau mana-mana kelas anggota; atau
(b)
jika perbadanan itu adalah pemiutang, yang termasuklah seorang pemegang debentur, suatu syarikat Labuan, memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut untuk bertindak sebagai wakilnya sama ada di suatu mesyuarat tertentu anggota atau di semua mesyuarat mana-mana pemiutang syarikat itu, dan seseorang yang diberi kuasa sedemikian, adalah berhak, menurut kuasa yang diberikan kepadanya dan sehingga kuasa itu dibatalkan oleh perbadanan itu, menjalankan, bagi pihak perbadanan itu, semua kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan itu sekiranya ia adalah anggota individu, pemiutang atau pemegang debentur syarikat itu.
(4)
Jika —
(a)
seseorang yang hadir di suatu mesyuarat anggota diberi kuasa untuk bertindak sebagai wakil suatu perbadanan di mesyuarat itu menurut kuasa yang telah diberikan oleh perbadanan itu di bawah subseksyen (3); dan
(b)
jika tidak kerana kuasa sedemikian, orang itu sebaliknya tidak boleh hadir di mesyuarat itu, perbadanan itu hendaklah, bagi maksud subseksyen (1), disifatkan hadir dengan sendirinya di mesyuarat itu.
(5)
Suatu perakuan di bawah meterai perbadanan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan atau pembatalan pelantikan (mengikut mana-mana yang berkenaan) seorang wakil menurut kuasa subseksyen (3).
(6)
Jika —
118
Undang-Undang Malaysia
(a)
suatu syarikat pemegang adalah berhak secara beneficial kepada keseluruhan syer terbitan sesuatu subsidiari; atau
(b)
suatu syarikat Labuan mempunyai seorang anggota sahaja, dan suatu minit yang ditandatangani oleh seorang wakil syarikat pemegang yang diberi kuasa menurut subseksyen (3) atau ditandatangani oleh anggota tunggal yang menyatakan bahawa apa-apa tindakan, perkara atau benda, atau apa-apa ketetapan biasa atau khas, yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh memorandum atau perkara subsidiari itu, dibuat, dilaksanakan atau diluluskan oleh atau di suatu mesyuarat agung tahunan atau suatu mesyuarat agung luar biasa subsidiari atau syarikat Labuan itu telah dibuat, dilaksanakan atau diluluskan, tindakan, perkara, benda atau ketetapan itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan telah dibuat, dilaksanakan, atau diluluskan sewajarnya oleh atau di mesyuarat agung tahunan, atau mengikut kehendak keadaan, di mesyuarat agung luar biasa subsidiari itu.
Pengundian oleh anggota