Malaysia legislation
Section 9A
Seksyen 9A
(2)
Sesuatu syarikat amanah Labuan atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga hendaklah menjadi pelanggan bagi perkhidmatan yang disediakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklah membayar fi yang ditetapkan dan mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Sesuatu dokumen yang diserahkan atau difailkan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak penyerahan atau pemfailan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Lembaga mengikut apa-apa cara yang ditentukan atau diluluskan oleh Lembaga.
(4)
Lembaga boleh, melalui notis bertulis, menentukan dokumen yang boleh diserahkan atau difailkan secara elektronik.
(5)
Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya diperakui atau disahkan hendaklah, jika dokumen itu dikehendaki supaya diserahkan atau difailkan secara elektronik, diperakui atau disahkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan atau diluluskan oleh
Lembaga.
(5A)
Walau apa pun subseksyen (5), sesuatu dokumen yang ditandatangan secara elektronik tidak boleh dikehendaki supaya diperakukan atau disahkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu.
(6)
Jika sesuatu dokumen diserahkan atau difailkan secara elektronik dengan Lembaga, Lembaga atau ejennya yang diberi kuasa tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa jua jenis kesilapan atau peninggalan atau yang bagaimana jua pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1) jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian tugas Lembaga atau tugas ejennya yang diberi kuasa atau yang berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa
30
Undang-Undang Malaysia kecacatan atau kerosakan perkhidmatan atau pada kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu.
(7)
Jika sesuatu dokumen diserahkan atau difailkan secara elektronik sebagai ganti sesuatu akuan berkanun, suatu perisytiharan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga hendaklah diserahkan atau difailkan secara elektronik dengan Lembaga, dan perisytiharan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan di bawah seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.
(8)
Jika sesuatu dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik tidak mematuhi peruntukan yang berhubung dengan pemfailan elektronik di bawah Akta ini, Lembaga berhak menyampaikan notis kepada syarikat amanah Labuan itu kerana ketidakpatuhan itu, dan jika suatu dokumen gantian diserahkan atau difailkan dalam tempoh yang ditetapkan, dokumen gantian itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan atau difailkan mengikut kehendak Akta ini, dan tiada penalti akan dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan ini.
Nilai keterangan dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik