Malaysia legislation
Section 22D
Seksyen 22D
(2)
Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), penghuni tanah, bangunan dan tempat itu hendaklah menyediakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 445
(3)
Ketua Pengarah boleh mengambil milikan mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda yang Ketua Pengarah itu mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—
(a)
pemeriksaan buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak dapat dijalankan dengan munasabah tanpa mengambil milikan terhadapnya;
(b)
buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan Ketua Pengarah mengambil milikan terhadapnya; atau
(c)
buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dimulakan di bawah atau berkenaan dengan Akta ini.
(4)
Suatu senarai semua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan tempat di mana benda itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
(5)
Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada perniagaan bagi apa-apa tempoh untuk memeriksa mana-mana buku, akaun atau rekod yang disimpan selain dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua Pengarah boleh secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan semasa tempoh itu untuk mengemukakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris buku, akaun atau rekod itu.
Kewajipan untuk mengeluarkan invois elektronik
22DA. (1) Tertakluk pada seksyen ini, seseorang hendaklah, dalam suatu tahun taksiran mengeluarkan suatu invois elektronik bagi setiap transaksi berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 45
perkhidmatan yang dilaksanakan oleh orang itu dalam tahun taksiran itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
orang yang hendaklah mengeluarkan invois elektronik dan butir-butir yang hendak dimasukkan dalam invois elektronik adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 82C Akta Cukai Pendapatan 1967; dan
(b)
syarat dan spesifikasi yang di bawahnya suatu invois elektronik akan dikeluarkan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah garis panduan yang dikeluarkan mengikut seksyen 17A Akta ini.
(3)
Apa-apa invois elektronik yang dikeluarkan oleh seseorang berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dihantar secara elektronik kepada dan disahkan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang dikehendaki untuk mengeluarkan suatu invois di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan, invois elektronik yang dikeluarkan mengikut subseksyen (1) termasuk apa-apa butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki hendaklah ditafsirkan sebagai suatu invois yang dikeluarkan di bawah undang-undang itu, dengan syarat bahawa jika butir-butir bagi invois elektronik adalah berlawanan dengan kehendak bagi pengeluaran invois di bawah undang-undang itu, invois elektronik itu hendaklah hanya menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan bagi maksud Akta ini.
(5)
Jika bagi mana-mana tahun taksiran suatu invois elektronik dikeluarkan mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesalahan atau peninggalan yang berbangkit, yang terdapat dalam suatu invois elektronik dengan syarat bahawa kesalahan atau peninggalan itu telah dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 445
kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau kelengkapan yang digunakan bagi pengeluaran invois elektronik itu.
(6)
Tertakluk pada syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang—
(a)
memperoleh apa-apa barang yang dijual atau menikmati apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan; atau
(b)
menyediakan platform perdagangan elektronik berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang lain, orang itu hendaklah bagi tahun taksiran itu mengeluarkan suatu invois bil kendiri mengikut syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah dan invois itu hendaklah dianggap sebagai suatu invois elektronik.
(7)
Ketua Pengarah boleh, bagi mana-mana tahun taksiran berkenaan dengan mana-mana barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan, menentukan seseorang untuk menyatukan bilangan transaksi berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan dalam tahun taksiran itu dalam suatu invois transaksi yang disatukan, dan orang itu hendaklah menghantar invois transaksi yang disatukan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dan mengikut syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan invois transaksi yang disatukan itu hendaklah bagi maksud seksyen ini menjadi suatu invois elektronik yang dikeluarkan oleh orang itu.
(8)
Jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang membuat suatu kesalahan atau kesilapan berkenaan dengan mana-mana invois elektronik yang dikeluarkan mengikut seksyen ini, orang itu boleh bagi maksud membetulkan kesalahan atau kesilapan itu mengeluarkan suatu invois elektronik ganti dalam tempoh tujuh puluh dua jam dari masa pengeluaran invois elektronik yang cacat itu.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 47
(9)
Jika bagi mana-mana tahun taksiran apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh seseorang melibatkan pengeluaran nota kredit atau nota debit, orang yang mengeluarkan nota kredit atau nota debit hendaklah membuat pelarasan dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai orang itu bagi tahun taksiran itu dengan sewajarnya.
(10)
Seseorang boleh, berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan olehnya dalam mana-mana tahun taksiran, menambah apa-apa butir-butir tambahan kepada invois elektronik di bawah seksyen ini.
(11)
Peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]
tidak terpakai bagi apa-apa data peribadi yang diproses bagi invois elektronik yang dikeluarkan atau dihantar kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini dan apa-apa peruntukan lain berkaitan Akta ini.
Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar