Malaysia legislation
Section 23
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 23
Pemeriksaan mingguan ke atas perumahan pekerja
(a)
kawasan di sekeliling perumahan pekerja sentiasa bersih daripada semak dan disenggarakan dalam keadaan bersih dan sanitari;
(b)
saliran keliling di sekeliling setiap kediaman atau blok kediaman termasuk semua saliran keluar dijaga dalam keadaan baik dan bersih daripada sampah atau semak bagi membolehkan air mengalir dengan bebas;
(c)
semua sampah di tapak perumahan dikutip setiap hari dan dibuang dengan cara yang memuaskan; dan
(d)
semua tandas dan bilik air komunal dijaga dalam keadaan bersih, sanitari dan boleh digunakan.
(2)
Hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk memastikan bahawa semua bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja, pusat asuhan kanak-kanak atau dewan komuniti dilawati dan diperiksa setiap minggu oleh seorang pembantu hospital estet yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran)
1965 [Akta 435] atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab yang diberi kuasa oleh majikan yang hendaklah membuat laporan kepada pengurus residen jika bangunan itu tidak dijaga dengan bersih atau jika sampah dibiarkan bertimbun di sekitar bangunan itu, dan yang juga hendaklah memeriksa dan jika perlu membawa, atau menyebabkan supaya dibawa, ke hospital mana-mana pekerja yang dijumpai di dalam bangunan itu, yang didapati menghidap apa-apa penyakit dan melaporkan kepada pengurus residen dengan sewajarnya.
(3)
Hasil pemeriksaan pembantu hospital estet atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa hendaklah direkodkan dalam suatu buku yang disimpan di tempat pekerjaan dan dijadikan tersedia bagi pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau Pegawai Perubatan
Kesihatan.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 27
(4)
Dalam apa-apa hal jika Pegawai Perubatan Kesihatan berpendapat bahawa lawatan, pemeriksaan atau kewajipan lain, yang ditetapkan oleh subseksyen (2) tidak dijalankan dengan memuaskan, dia boleh memberitahu pengurus residen dengan sewajarnya dengan menyatakan perkara yang berkenaan dengannya dia tidak berpuas hati, dan pengurus residen hendaklah sesudah itu membuat perkiraan selanjutnya atau yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Perubatan Kesihatan itu.
Beban pembuktian