Malaysia legislation

Section 27

of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990

Seksyen 27

Kuasa Ketua Pengarah, dsb. untuk memeriksa, menyiasat dan untuk mengeluarkan saman

(a)

untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat pekerjaan atau mana-mana bangunan yang dia percaya digunakan oleh seorang majikan bagi perumahan pekerjanya atau sebagai suatu pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai suatu dewan komuniti;

(b)

untuk memasuki dan memeriksa mana-mana hospital estet, hospital estet kumpulan dan klinik di mana pekerja disediakan layanan, jagaan dan rawatan perubatan; dan

(c)

untuk membuat apa-apa siasatan atau penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara dalam peruntukan Akta ini.

(2)

Dalam menjalankan sesuatu pemeriksaan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah, Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera

Daerah boleh—

(a)

mengemukakan soalan yang berhubungan dengan perkara yang diliputi di bawah peruntukan Akta ini, sama ada secara persendirian atau di hadapan saksi, mengikut pilihan mereka, kepada pemunya atau penghuni tempat pekerjaan, atau wakilnya, kepada majikan bagi mana-mana pekerja yang diambil kerja di situ atau wakilnya, kepada mana-mana orang yang menjaga pekerja, kepada pekerja itu sendiri dan kepada mana-mana orang lain yang keterangannya difikirkannya perlu; dan kesemua orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar dengan seberapa daya mereka;

(b)

menghendaki majikan membawa ke hadapannya kesemua atau mana-mana pekerja yang diambil kerja olehnya bersama-sama dengan apa-apa rekod, daftar dan dokumen yang berhubungan dengan perkara yang diliputi di bawah peruntukan Akta ini termasuk apa-apa kontrak

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 446

perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan pekerja itu atau pekerjaan mereka dan menjawab apa-apa soalan berkenaan dengannya yang difikirkannya patut disoal;

(c)

menyalin atau membuat cabutan daripada apa-apa rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain yang disebut dalam perenggan (b);

(d)

mengambil milikan apa-apa rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain jika pada pendapatnya—

(i)

pemeriksaan, penyalinan atau pencabutan daripada rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar atau apa-apa dokumen lain tidak dapat dilakukan dengan munasabah tanpa mengambil milikannya;

(ii)

ia mungkin dipinda atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil milikannya; atau

(iii)

ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah

Akta ini; dan

(e)

mengambil sampel bekalan air bagi pemeriksaan dan analisis.

(3)

Berkenaan dengan kuasa untuk memeriksa, menyoal dan menyiasat yang disebut terdahulu, Ketua Pengarah boleh melalui saman dalam borang yang ditetapkan menghendaki mana-mana orang, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dapat memberikan apa-apa maklumat yang relevan dengan perkara yang dipersoalkan, untuk memberikan maklumat sedemikian, dan mana-mana orang yang disaman itu adalah terikat untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah dan untuk menjawab dengan benar apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan perkara itu.

(4)

Seksyen 82 dan 83 Akta Kerja 1955 hendaklah terpakai bagi penyampaian suatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi suatu saman yang dikeluarkan di bawah Bahagian XV Akta itu.

Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 37

Pemulaan pendakwaan