Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KERETAPI (SYARIKAT PENGGANTI) 1991

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontinjen atau prospektif;

6 Undang-Undang Malaysia

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak pada harta pada masa hadapan atau kontinjen dan hak perkembalian dan penerimaan baki;

“liabiliti” ertinya liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontinjen, dan sama ada kena dibayar atau hendak dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keretapi;

“Ordinan termansuh” ertinya Ordinan Keretapi 1948 [M. U. Ord.

tahun 1948];

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“Perbadanan Aset Keretapi” ertinya Perbadanan Aset Keretapi yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 [Akta 463];

“Pentadbiran Keretapi" ertinya perbadanan tunggal yang bernama

Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Ordinan termansuh;

“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang terhad mengikut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), yang segala harta, hak dan liabiliti Perbadanan Aset Keretapi dipindah kepada dan diletak hak padanya dari semasa ke semasa di bawah seksyen 3;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh bila harta, hak dan liabiliti

Perbadanan Aset Keretapi dipindahkan kepada atau diletakhakkan

Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991 7

pada syarikat pengganti sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Section 2 — AKTA KERETAPI (SYARIKAT PENGGANTI) 1991