Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)
pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu bagi hak milik, estet atau kepentingan serupa dan selama pemegangan serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
(3)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Perbadanan Aset Keretapi memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat melalui subseksyen itu.
(4)
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen
(1)
pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Perbadanan Aset Keretapi memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya disentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
8 Undang-Undang Malaysia
(5)
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Perbadanan Aset Keretapi yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1)
boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu.
(6)
Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Perbadanan
Aset Keretapi atau Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
(7)
Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan
Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965]
hendaklah, bagi maksud membuat pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengganti seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.
(8)
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen
(1)
yang Perbadanan Aset Keretapi adalah pihak kepadanya sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserah hak oleh Perbadanan Aset Keretapi, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti