Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti itu; atau
(b)
hak untuk memohon beli apa-apa sekuriti sedemikian.
(2)
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
(3)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelabuhan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8 (3)(a)(iv) Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
10 Undang-Undang Malaysia
(4)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(5)
Duti setem tidak boleh dikenakan―
(a)
berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syer dibenarkan syarikat pengganti yang―
(i)
dilaksanakan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan
(ii)
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan disebabkan oleh penerbitan syer yang dimohon beli oleh Perbadanan di bawah perenggan
(1)
; atau
(b)
pada apa-apa surat cara yang diperakui oleh
Perbendaharaan sebagai telah dibuat atau dilaksanakan menurut seksyen 4.
Pelantikan wakil Kerajaan menganggotai lembaga syarikat pengganti