Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―
(2)
Syarikat pengganti hendaklah menyebabkan tiap-tiap orang yang dinamakan oleh Menteri Kewangan di bawah subseksyen (1)
dilantik menganggotai lembaga syarikat itu.
(3)
Mana-mana orang yang dilantik menganggotai lembaga syarikat pengganti di bawah subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, diberhentikan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dengan memberi notis bertulis kepada orang dan syarikat itu.
Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991 11
(4)
Bagi maksud menentukan bilangan orang yang hendak dilantik sebagai pengarah syarikat pengganti di bawah subseksyen
(1)
, Menteri
Kewangan hendaklah mengambil kira jumlah keseluruhan sekuriti yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia dan bilangan keseluruhan pengarah yang dilantik atau dicadangkan hendak dilantik oleh syarikat itu untuk menganggotai lembaganya, pada masa penamaan sedemikian.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh apa-apa kuasa, hak atau keistimewaan yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia oleh dokumen konstituen syarikat pengganti itu.
Struktur kewangan syarikat pengganti