Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer tidak diterbitkan syarikat itu yang hendaklah diumpukkan kepada anggota-anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.
(3)
Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti, nilai apa-apa aset atau hak atau amaun apa-apa liabiliti Perbadanan Aset
Keretapi yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 dalam mana-mana tahun tertentu (dalam seksyen ini disebut “tahun yang mula-mula disebut”) hendaklah―
(a)
dalam hal di mana satu penyata akaun telah disediakan oleh Perbadanan Aset Keretapi bagi tahun yang sebelum sahaja tahun yang mula-mula disebut, dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan pada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun sedemikian; dan 12 Undang-Undang Malaysia
(b)
dalam hal di mana tiada penyata akaun telah disediakan oleh Perbadanan Aset Keretapi bagi tahun yang sebelum sahaja tahun yang mula-mula disebut kerana apa-apa jua pun sebab, dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan pada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh
Pentadbiran Keretapi yang telah wujud di bawah Ordinan termansuh bagi tahun perakaunan genap Pentadbiran
Keretapi dan berakhir sebelum sahaja tahun yang mula-mula disebut.
(4)
Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud apa-apa peruntukan Akta
Syarikat 1965.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “ tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember.