Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA OPTIK 1991

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“alat optik” ertinya sesuatu alat yang direka bentuk untuk membetulkan, memulihkan atau meringankan apa-apa keabnormalan refraktif atau kecacatan optik pada penglihatan;

“anggota” ertinya anggota Majlis;

“Daftar” ertinya Daftar yang disimpan mengikut seksyen 17;

“institusi pengajian tinggi” ertinya Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30];

“juruoptik berdaftar” ertinya seseorang juruoptik yang didaftarkan di bawah seksyen 18;

“kanta mata” ertinya kanta yang digunakan untuk membetulkan, memulihkan atau meringankan apa-apa keabnormalan refraktif atau kecacatan optik pada penglihatan;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“Majlis” ertinya Majlis Optik Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“optometri” ertinya penggunaan kaedah bagi mengukur daya penglihatan, atau penyesuaian kanta atau prisma mata untuk membantu daya penglihatan, atau kedua-duanya;

“optometris berdaftar” ertinya seseorang optometris yang berdaftar di bawah seksyen 19;

“orang berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 18 atau 19 dan termasuk seseorang yang didaftarkan sementara di bawah subseksyen 18(3);

Optik 9

“pakar oftalmologi” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta

Perubatan 1971 [Akta 50] dan yang mengkhususkan diri dalam penjagaan keadaan mata;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang disebut dalam seksyen 16;

“pengamal perubatan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah

Akta Perubatan 1971;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah

Kesihatan, Malaysia.