Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Keanggotaan Majlis
(a)
Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
Timbalan Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi
Timbalan Pengerusi;
(c)
dua orang pakar oftalmologi yang bermastautin di Malaysia, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor awam, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 469
(d)
dua orang optometris berdaftar yang bermastautin di Malaysia yang hendaklah dipilih oleh optometris berdaftar yang bermastautin di Malaysia;
(e)
dua orang juruoptik berdaftar yang bermastautin di Malaysia yang hendaklah dipilih oleh juruoptik berdaftar yang bermastautin di Malaysia;
(f)
seorang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus atau program dalam optometri, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Majlis yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
Timbalan Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi
Timbalan Pengerusi;
(c)
dua orang pakar oftalmologi yang bermastautin di Malaysia, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor awam, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(d)
dua orang yang bermastautin di Malaysia dan layak didaftarkan sebagai optometris di bawah Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(e)
dua orang yang bermastautin di Malaysia dan layak didaftarkan sebagai juruoptik di bawah Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(f)
seorang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus atau program dalam optometri, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
(3)
Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kerana dia sakit, tidak ada di Malaysia atau apa-apa sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi.
Optik 11
(4)
Tanpa menjejaskan subseksyen
(3)
,
Pengerusi boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Timbalan Pengerusi yang, pada menjalankan fungsi itu, hendaklah tertakluk pada kawalan, pengawasan dan arahan Pengerusi.
Tempoh jawatan