Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pengosongan jawatan
Seseorang anggota yang dilantik atau dipilih di bawah subseksyen 4(1) atau (2) hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya—
(a)
jika pelantikannya ditamatkan;
(b)
jika dia menjadi bankrap yang belum dilepaskan;
(c)
jika dia diperakui tidak sempurna akal;
(d)
jika dia telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(e)
jika dia meletakkan jawatannya secara bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi dan peletakan jawatan itu diterima oleh Pengerusi;
(f)
jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau
(g)
jika dia berhenti menjadi pakar oftalmologi, juruoptik berdaftar atau optometris berdaftar.
Mesyuarat Majlis