Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Menteri boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang diperlukannya supaya dia berpuas hati bahawa permintaan bagi mendapatkan keizinannya di bawah subseksyen (1) itu adalah konsisten dengan peruntukan Akta ini.
(3)
Menteri tidak boleh memberikan keizinannya di bawah subseksyen (1) jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kesalahan yang berhubungan dengan permintaan bagi mendapatkan keizinan itu telah boleh dipertuduhkan sebelum pemulangan penjenayah buruan itu jika usaha wajar telah dilakukan.