Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Permintaan bagi pemulangan penjenayah buruan
(2)
Hendaklah diberikan dengan mana-mana permintaan yang dibuat bagi maksud subseksyen (1)—
Ekstradisi 15
(a)
dalam hal penjenayah buruan yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu waran bagi penangkapannya yang dikeluarkan di negara itu; atau
(b)
dalam hal penjenayah buruan yang bebas dengan menyalahi undang-undang selepas disabitkan atas sesuatu kesalahan, suatu perakuan sabitan itu dan hukuman di negara itu dan pernyataan tentang banyaknya jika ada, hukuman itu yang telah dijalani, berserta dengan, dalam setiap hal, butir penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undang-undang yang di bawahnya dia dituduh atau disabitkan, dan keterangan yang cukup untuk mewajarkan pengeluaran waran bagi pemberkasannya di bawah seksyen 13.
(3)
Apabila diterima permintaan sedemikian, Menteri boleh, melalui perintah di bawah tandatangan dan meterainya, memaklumkan Majistret bahawa permintaan sedemikian telah dibuat dan memberi kuasa Majistret itu mengeluarkan waran bagi pemberkasan penjenayah buruan itu.
(4)
Jika
Menteri berpendapat bahawa kesalahan yang berhubungan dengan waran itu ialah kesalahan yang bersifat politik, maka dia boleh, jika difikirkannya patut, enggan membuat apa-apa perintah sedemikian, dan boleh juga pada bila-bila masa memerintahkan supaya seseorang penjenayah buruan yang disabitkan atas kesalahan sedemikian dilepaskan daripada jagaan.
Pengeluaran waran oleh Majistret