Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Tatacara di hadapan Mahkamah Sesyen
(a)
bahawa dia tidak melakukan atau meninggalkan daripada melakukan perbuatan yang dikatakan telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya;
(b)
bahawa dia bukanlah orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya;
(c)
bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu bukanlah suatu kesalahan ekstradisi berhubungan dengan negara yang cuba mendapatkan pemulangannya;
(d)
bahawa kesalahan itu bersifat politik, atau bahawa prosiding itu diambil dengan tujuan untuk
Ekstradisi 19
membicarakannya atau menghukumnya atas suatu kesalahan yang bersifat politik;
(e)
bahawa kesalahan itu ialah suatu kesalahan di bawah undang-undang tentera yang bukanlah suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah am;
(f)
bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu tidak menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang
Malaysia;
(g)
bahawa pemulangannya tidak akan selaras dengan peruntukan Akta ini;
(h)
bahawa dia telah, sebelum ini, disabitkan atau dibebaskan atau diampunkan oleh suatu tribunal atau pihak berkuasa yang berwibawa di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau di Malaysia berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu; atau
(i)
bahawa permintaan bagi penyerahannya telah dibuat bagi maksud mendakwa atau menghukumnya kerana rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya, atau bahawa dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukum atau dipenjarakan oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan kuasa Mahkamah Sesyen untuk menerima apa-apa keterangan lain yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa penjenayah buruan itu tidak sepatutnya dipulangkan.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(d), Mahkamah Sesyen boleh menerima keterangan yang pada pendapatnya boleh membantu
Mahkamah itu dalam menentukan kebenaran, sama ada atau tidak keterangan itu boleh diterima secara sah selainnya di mahkamah.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
(4)
Jika Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa kes prima facie tidak dibuktikan bagi menyokong rekuisisi negara berkenaan, maka
Mahkamah hendaklah melepaskan penjenayah buruan itu.
(5)
Jika Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa kes prima facie telah dibuktikan bagi menyokong rekuisisi negara berkenaan, maka
Mahkamah itu hendaklah mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu perintah Menteri bagi penyerahannya, dan hendaklah melaporkan keputusan siasatannya kepada Menteri; dan hendaklah mengemukakan bersama laporan itu apa-apa pernyataan bertulis yang penjenayah buruan itu berhasrat untuk mengemukakannya bagi pertimbangan Menteri.
Tatacara di hadapan Mahkamah Sesyen jika arahan khas telah diberikan di bawah seksyen 4