Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 20

(a)

setelah mendengar apa-apa representasi yang dibuat bagi menyokong permintaan ekstradisi itu;

(b)

apabila dikemukakan dokumen sokongan berhubungan dengan kesalahan itu;

(c)

apabila berpuas hati bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan dilakukan oleh penjenayah buruan itu akan, sekiranya telah berlaku di Malaysia, menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia;

(d)

jika penjenayah buruan itu tidak memuaskan hati

Mahkamah bahawa terdapat alasan substansial bagi mempercayai bahawa―

(i)

kesalahan itu ialah kesalahan yang bersifat politik atau bahawa prosiding itu telah diambil dengan tujuan membicarakan atau menghukumnya atas kesalahan yang bersifat politik;

Ekstradisi 21

(ii)

pendakwaan bagi kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangannya cuba didapatkan adalah terhalang oleh masa di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya itu;

(iii)

kesalahan itu ialah suatu kesalahan di bawah undang-undang tentera yang bukanlah suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah am;

(iv)

penjenayah buruan itu telah dibebaskan atau diampunkan oleh suatu tribunal atau pihak berkuasa yang kompeten di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau di Malaysia;

(v)

penjenayah buruan itu telah menjalani hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau undang-undang Malaysia yang berkenaan dengan kesalahan ekstradisi itu atau mana-mana kesalahan lain yang terdiri daripada perbuatan yang sama dengan yang menjadi kesalahan ekstradisi itu;

(e)

apabila berpuas hati bahawa penjenayah buruan itu tidak dituduh atas sesuatu kesalahan, dan tidak juga sedang menjalani sesuatu hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan, di Malaysia, selain daripada kesalahan ekstradisi yang berkenaan dengannya pemulangannya cuba didapatkan.

mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu perintah Menteri bagi penyerahannya.

(2)

Dalam prosiding di hadapan Mahkamah Sesyen di bawah subseksyen (1) penjenayah buruan itu tidak berhak untuk mengemukakan, dan Mahkamah tidak berhak untuk menerima, keterangan untuk menyangkal pengataan bahawa penjenayah buruan itu telah melakukan atau meninggalkan daripada melakukan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 479

perbuatan yang menjadi kesalahan ekstradisi yang baginya pemulangannya cuba didapatkan.

(3)

Dalam seksyen ini, “dokumen sokongan” ertinya―

(a)

apa-apa waran yang disahkan dengan sewajarnya bagi penangkapan penjenayah buruan itu yang dikeluarkan oleh negara yang cuba mendapatkan pemulangannya, atau apa-apa salinan yang disahkan dengan sewajarnya bagi waran itu;

(b)

apa-apa dokumen yang disahkan dengan sewajarnya untuk memberikan keterangan tentang sabitan atau hukuman penjenayah buruan itu atau setakat manakah hukuman yang dikenakan itu belum dijalankan;

(c)

suatu pernyataan secara bertulis yang menyatakan perihalan tentang, dan penalti yang terpakai berkenaan dengan, kesalahan itu dan suatu pernyataan secara bertulis yang disahkan dengan sewajarnya yang menyatakan kelakuan yang menjadi kesalahan itu.

Pemulangan penjenayah buruan