Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 43

Pelepasan penjenayah buruan jika tidak dipulangkan dalam tempoh tiga bulan

Jika seseorang penjenayah buruan yang, menurut Akta ini, telah dikomitkan ke penjara untuk menunggu pemulangannya ke mana-mana negara tidak dibawa keluar dari Malaysia dalam masa tiga bulan selepas pengkomitan itu, atau jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan writ habeas corpus atau bagi mendapatkan kajian semula telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi, selepas pemutusan muktamad permohonan itu oleh Mahkamah tersebut, adalah sah bagi

Menteri, apabila permohonan dibuat kepadanya oleh atau bagi pihak penjenayah buruan itu, memerintahkan penjenayah buruan itu dilepaskan melainkan jika ditunjukkan sebab yang mencukupi yang sebaliknya.

Section 43 — AKTA EKSTRADISI 1992 | mylaw.my