Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 11

(1A)

Jika penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen 8 telah mula berkuat kuasa, maka pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu dalam tempoh penggantungan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (1A)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh

Industri Pelancongan 19

tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

(3)

Jika suatu lesen telah dibatalkan di bawah seksyen 8, mana-mana lesen tambahan baginya hendaklah disifatkan terbatal.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya telah habis tempohnya berhak menjalankan perniagaannya seolah-olah lesen itu tidak habis tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Pesuruhjaya bahawa pengusahaan pelancongan berlesen itu telah memohon bagi pembaharuan lesen.

Pengembalian lesen