Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Kecuali dengan keizinan bertulis Pesuruhjaya, tiada seorang pun, yang bukannya suatu pengusahaan pelancongan berlesen, boleh memakai atau menggunakan perkataan “pelancongan”, “melancong”,
“pengembaraan”, “agensi pelancong”, “ejen pengembaraan” atau
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
“pengendali pelancongan”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan atau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubung dengan perniagaan atau apa-apa bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklan atau dengan apa-apa jua cara lain.