Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 15

(2)

Apabila diminta oleh Pesuruhjaya, seorang pengendali pelancongan atau ejen pengembaraan berlesen hendaklah mengemukakan yang berikut kepada Pesuruhjaya:

Industri Pelancongan 21

(a)

jadual perjalanan bagi kedua-dua pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri;

(b)

tarif sulit dan tarif lain;

(c)

butir-butir terperinci mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh mereka termasuk caj bagi dan terma serta syarat aktiviti sedemikian;

(d)

butir-butir terperinci mengenai apa-apa kontrak yang dibuat oleh mereka dengan mana-mana pengusahaan pelancongan tempatan atau luar negeri yang lain;

(e)

nama dan butir-butir mengenai pemandu pelancong berlesen yang diambil kerja oleh mereka sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan; dan

(f)

nombor pendaftaran dan butir-butir kenderaan persiaran yang digunakan bagi apa-apa pelancongan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri serta aktiviti perniagaan lain