Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Permohonan untuk lesen dan kelayakan pemohon
(2)
Tiada seorang pun boleh memohon untuk dilesenkan di bawah
Bahagian ini melainkan jika—
(a)
dia telah menjalani kursus atau latihan dan lulus ujian kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya atau mana-mana badan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya
Industri Pelancongan 25
untuk mengadakan suatu kursus latihan dan ujian kecekapan untuk pemandu pelancong;
(b)
dia telah menyempurnakan apa-apa kursus lain yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya sebagai setaraf dengan suatu kursus yang disebut dalam perenggan (a); atau
(c)
adalah ternyata kepada Pesuruhjaya, dengan mengambil kira sewajarnya akan watak, kelayakan dan pengalaman orang sedemikian, bahawa dia berwibawa untuk menjadi seorang pemandu pelancong.
Pemberian lesen