Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 28

(a)

telah membuat apa-apa salah nyataan atau telah tidak menzahirkan apa-apa fakta pada masa dia memohon untuk

Industri Pelancongan 27

lesen, dan salah nyataan atau pembuatan tidak menzahirkan itu berkemungkinan telah mempengaruhi Pesuruhjaya untuk melesenkannya menurut seksyen 24;

(b)

telah tidak hadir atau menyempurnakan dengan jayanya apa-apa kursus latihan lanjutan atau lulus apa-apa ujian kecekapan lanjutan sebagaimana yang dikehendaki;

(c)

telah tidak memakai kad pemberian kuasa atau telah membenarkan mana-mana orang lain memakai kad pemberian kuasa itu berlanggaran dengan seksyen 26;

(d)

telah bertindak berlanggaran dengan peruntukan Akta ini;

(e)

telah melanggar mana-mana syarat lesennya yang dikenakan di bawah subseksyen 24(1) atau kod etika yang disebut dalam subseksyen 27(3);

(f)

adalah, pada pendapat Pesuruhjaya, tidak berupaya oleh sebab sakit atau selainnya untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong;

(g)

telah tidak melaksanakan fungsi seorang pemandu pelancong selama suatu tempoh enam bulan berterusan; atau

(h)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak, maka Pesuruhjaya boleh menggantungkan lesen yang diberikan di bawah seksyen 24 dan menarik balik kad pemberian kuasa selama apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau membatalkan lesen itu dan memotong nama pemandu pelancong berlesen itu daripada daftar atau, jika lesen itu telah habis tempohnya, enggan memperbaharui lesen itu:

Dengan syarat bahawa Pesuruhjaya tidaklah boleh menggantung, membatal atau enggan memperbaharui lesen pemandu pelancong berlesen itu dalam mana-mana hal keadaan yang tersebut dalam

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

perenggan (a) hingga (g) tanpa terlebih dahulu memberi pemandu pelancong berkenaan suatu peluang untuk didengar.

(2)

Jika Pesuruhjaya menggantung, membatal atau enggan memperbaharui lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemandu pelancong berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya.

Kesan penggantungan atau pembatalan lesen