Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Mana-mana pemandu pelancong berlesen yang lesennya telah dibatalkan hendaklah dengan serta-merta berhenti bertindak sebagai seorang pemandu pelancong dalam apa-apa jua hal keadaan.
(3)
Tiap-tiap pemandu pelancong berlesen yang lesennya tidak diperbaharui atau telah dibatalkan menurut seksyen 28 hendaklah mengembalikan lesen dan kad pemberian kuasa kepada Pesuruhjaya, tertakluk kepada seksyen 30, tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh notis keengganan memperbaharui atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tujuh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Hak untuk merayu