Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
suatu institusi, pusat pengajian atau sekolah yang menyediakan latihan atau kursus berkenaan dengan perkhidmatan dan pengurusan pelancongan, termasuk perkhidmatan hotel dan katering; dan
(b)
telah dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 3 sebagai suatu institusi latihan pelancongan;
“kenderaan persiaran” ertinya kenderaan yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan kepada satu pembayaran yang tiada peringkat tambang;
“Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
“Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” ertinya Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992
[Akta 481];
“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Akta ini;
“melancong” termasuklah berdarmawisata, bersiar-siar, membeli-belah, melawat ke tempat menarik atau hiburan, dan aktiviti lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang pelancong;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
“orang” termasuklah kumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya pegawai yang diberi kuasa oleh
Menteri di bawah seksyen 40;
Industri Pelancongan 9
“pelancong” ertinya mana-mana orang, sama ada dia ialah seorang warganegara Malaysia atau selainnya, yang melawat mana-mana tempat di dalam Malaysia untuk apa-apa maksud yang berikut, iaitu—
(a)
keseronokan, rekreasi atau percutian;
(b)
kebudayaan;
(c)
agama;
(d)
melawat kawan atau saudara-mara;
(e)
sukan;
(f)
perniagaan;
(g)
mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen;
(h)
pengajian atau penyelidikan;
(i)
apa-apa maksud lain yang tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati itu;
“pelancongan dalam negeri” ertinya pelancongan ke atau di
Malaysia atau mana-mana tempat di dalam Malaysia;
“pelancongan ke luar negeri” ertinya pelancongan ke atau di mana-mana tempat di luar Malaysia;
“pemandu pelancong”
ertinya orang yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka demi bayaran apabila melancong;
“pemandu pelancong berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 24(1) untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
“pengendali pelancongan berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1) untuk menjalankan atau mengendalikan suatu perniagaan pengendalian pelancongan;
“pengusahaan pelancongan” ertinya—
(a)
mana-mana perniagaan pengendalian pelancongan;
(b)
mana-mana perniagaan agensi pengembaraan;
(c)
(Dipotong oleh Akta A1153);
(d)
(Dipotong oleh Akta A1153);
(e)
mana-mana perniagaan yang menyediakan institusi latihan pelancongan;
“pengusahaan pelancongan berlesen”
ertinya mana-mana pengusahaan pelancongan yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1);
“perniagaan agensi pengembaraan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:
(a)
menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tiket yang melayakkan seseorang untuk membuat pengembaraan dengan menggunakan apa-apa pengangkutan sama ada melalui darat, laut atau udara;
(b)
menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tempat penginapan di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;
(c)
apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas;
“perniagaan pengendalian pelancongan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:
Industri Pelancongan 11
(a)
mengatur untuk jualan atau komisen apa-apa perkhidmatan pengangkutan, penginapan, pelancongan atau apa-apa perkhidmatan bersampingan yang lain bagi pelancong di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
mengelolakan atau menjalankan untuk jualan atau komisen pelancongan dalam atau ke luar negeri;
(c)
menyediakan pengangkutan untuk disewa kepada pelancong;
(d)
apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“premis penginapan” ertinya mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat, rumah pemalaman, dan struktur lain sama ada kekal atau sementara, yang dikemukakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak;
“premis penginapan pelancong” ertinya mana-mana premis penginapan yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 31C(1) sebagai premis penginapan pelancong;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh *Akta
Syarikat 2016 [Akta 777].
(2)
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini” hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa peraturan-peraturan, perintah,
*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]–lihat subseksyen 620(1)
Akta 777.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini.
Kuasa untuk menamakan institusi latihan pelancongan