Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Jika seorang pemandu pelancong berlesen telah hilang lesen atau kad pemberian kuasanya, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.
(3)
Pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk lesen atau kad pemberian kuasa gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya bersama dengan fi yang ditetapkan yang boleh dikenakan.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan