Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 34

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi mana-mana daripada maksud atau perkara yang berikut:

(a)

penetapan dokumen dan maklumat yang menyertai apa-apa permohonan untuk lesen;

(b)

jangka masa dan syarat lesen, dan cara serta tatacara bagi pembaharuannya;

(c)

fi yang kena dibayar bagi apa-apa lesen dan apa-apa fi lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini;

(ca) pembelian polisi insurans, oleh pengendali pelancongan berlesen, atau pembuatan deposit dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank kepada Pesuruhjaya;

(d)

tatacara kemasukan dan pemeriksaan premis;

(e)

penyimpanan buku, akaun dan rekod sewajarnya oleh pengusahaan pelancongan berlesen dan bentuk serta caranya;

(f)

pengawalseliaan penubuhan dan pengurusan institusi latihan pelancongan, termasuk penetapan kandungan kursus dan program latihan, buku atau bahan yang hendak digunakan, standard yang kena dipatuhi oleh institusi itu, pemberian permit oleh Pesuruhjaya bagi pensyarah dan pengajar, kelayakan pensyarah dan pengajar, peperiksaan yang akan diadakan dan perakuan atau apa-apa kelayakan lain yang akan diberikan;

(g)

kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan sedemikian;

(h)

bentuk daftar, notis atau perintah yang dikehendaki disimpan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini dan tatacara bagi penyampaian notis atau perintah sedemikian;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

(ha) untuk mengadakan peruntukan bagi pengelasan dan pengelasan semula premis penginapan pelancong dan penggredan premis itu oleh Pesuruhjaya;

(i)

perlakuan atau penjalanan mana-mana perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan pengusahaan pelancongan atau pemandu pelancong dan standard prestasi yang hendaklah disenggarakan oleh mereka dan pemberian pengecualian oleh

Pesuruhjaya kepada mana-mana pengusahaan pelancongan atau pemandu pelancong daripada apa-apa kehendak yang dikenakan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini; dan

(j)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.

(3)

Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Obligasi Kerahsiaan