Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 43

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah menjadi boleh terima di perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai

Industri Pelancongan 39

saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:

(a)

tiada pernyataan sedemikian boleh menjadi boleh terima atau digunakan seperti yang disebut terdahulu—

(i)

jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi kepada orang yang dipertuduh itu alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau

(ii)

dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan.”; dan

(b)

suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh terima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Penggeledahan dengan waran