Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 45

Bilamana ternyata kepada mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu disembunyikan atau disimpan dalam mana-mana premis atau tempat dan jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun, dokumen atau benda lain itu berkemungkinan dialihkan, maka pegawai itu boleh menjalankan dalam, pada atau berkenaan dengan premis atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam seksyen 44 mengikut cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 45 — AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 | mylaw.my