Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut:
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
(a)
menghendaki pengemukaan rekod, akaun dan dokumen yang disimpan oleh suatu pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen dan untuk meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun atau dokumen itu;
(b)
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini dipatuhi.
Halangan penggeledahan, dsb.