Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 5

(2)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan—

(a)

perniagaan pengendalian pelancongan; atau

Industri Pelancongan 13

(b)

perniagaan agensi pengembaraan, melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

(4)

Untuk mengelakkan keraguan, peruntukan *Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] tidaklah terpakai berhubung dengan seseorang yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan.

Pengemukaan permohonan untuk lesen kepada Pesuruhjaya