Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

Seksyen 8

(a)

pengusahaan pelancongan berlesen itu telah gagal mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini;

(b)

pengusahaan pelancongan berlesen itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian;

(c)

pengusahaan pelancongan berlesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan untuk lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen, memberi kepada

Pesuruhjaya maklumat, dokumen atau perisytiharan yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat yang dibuat oleh atau bagi pihak pengusahaan pelancongan itu atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang adalah atau yang akan menjadi pengarah, pengawal atau pengurus pengusahaan pelancongan berlesen itu;

(d)

pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara;

(e)

pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak berurus niaga dalam apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya ia dilesenkan selama apa-apa tempoh berterusan enam bulan atau telah berhenti menjalankan mana-mana perniagaan atau kendalian yang baginya ia dilesenkan;

(f)

pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya;

(g)

suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pengusahaan pelancongan berlesen itu atau suatu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

(h)

pengusahaan pelancongan berlesen itu atau mana-mana pegawainya yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak; atau

(i)

pengusahaan pelancongan berlesen itu atau pengarah, pengurus atau pengawalnya telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Sebelum menggantung atau membatalkan sesuatu lesen,

Pesuruhjaya hendaklah memberi kepada pengusahaan pelancongan berlesen itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat sedemikian dan menghendaki pengusahaan pelancongan berlesen itu menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patut digantung atau dibatalkan.

(3)

Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk menggantung atau membatalkan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pengusahaan pelancongan berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya itu.

(4)

Penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada rayuan dibuat terhadap penggantungan atau pembatalan sedemikian, apabila habisnya tempoh empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau notis pembatalan itu disampaikan kepada pengusahaan pelancongan berlesen itu; atau

(b)

jika terdapat rayuan terhadap penggantungan atau pembatalan sedemikian, apabila penggantungan atau pembatalan itu disahkan oleh Menteri.

(5)

Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen, pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya digantung atau dibatalkan sedemikian tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu sehinggalah rayuan itu

Industri Pelancongan 17

dibereskan dan penggantungan atau pembatalan itu telah diketepikan oleh Menteri.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(7)

Jika penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuat kuasa, Pesuruhjaya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyebabkan penggantungan atau pembatalan sedemikian diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa Malaysia dan Inggeris atau media elektronik, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya, selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

(8)

Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mengiklankan notis penggantungan atau notis pembatalan sedemikian tidaklah dengan apa-apa jua cara menyentuh keesahan penggantungan atau pembatalan itu.

Rayuan

Section 8 — AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 | mylaw.my